Project SEKAI COLORFUL STAGE!

From Sekaipedia
Revision as of 17:21, 18 November 2021 by FuzzyBot (talk | contribs) (Updating to match new version of source page)
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Other languages:
Other languages:

Project SEKAI COLORFUL STAGE! feat. Hatsune Miku (selalunya dipendekkan menjadi 'Project SEKAI') ialah permainan ritma untuk iOS dan Android. Permainan ini hasil kerjasama antara SEGA, Colorful Palette from Craft Egg dan Crypton Future Media.

Pra-pendaftaran pada asalnya ditetapkan untuk bermula lewat April, tetapi ia ditunda sehingga diberitahu kelak kerana wabak COVID-19. Dalam episod kelima Pejabat Siaran Project Sekai Colorful, ianya diumumkan bahawa pra-pendaftaran akan bermula pada 22 Julai. Mereka tetapkan beberapa matlamat, apabila jumlah tertentu pra-pendaftaran dicapai, akan ada ganjaran untuk semua orang yang memuat turun permainan ketika ia diterbitkan.

Matlamat ditetapkan daripada 100,000 kepada 1,000,000 pra-pendaftaran, dan pada bulan September 2020, 1,000,000 pra-pendaftaran telah dicapai! Semua orang yang memuat turun permainan ketika terbitan akan mendapat kesemua ganjaran. Permainan diterbitkan pada 30 September 2020, dalam bahasa Jepun sahaja. Kakitangan mula mempertimbangkan untuk terbit versi antarabangsa pada masa hadapan tetapi tiada apa lagi buat masa ini.[1][2]

Pada 4 September 2020, sebuah demo untuk permainan bertajuk Project SEKAI COLORFUL STAGE! Rehearsal Edit telah diterbitkan, memperagakan permainan ritma itu sendiri, beserta ciri Virtual Live, yang mempunyai jadual pada waktu bila setiap unit akan membuat persembahan.[3] Lagu yang ditampilkan dalam demo ini ialah Hibana -Reloaded-, Sweet Magic, dan Tell Your World, setiap satunya mempunyai lima tahap peta rentak yang berlainan. Demo ditamatkan pada 11 September 2020, dan tidak boleh dimainkan sejak itu.

Cerita

Ichika memandang Miku.

 

Permainan ini ditetapkan di Shibuya, Tokyo. Seorang gadis bernama Hoshino Ichika, berjalan merentasi jalan dan nampak skrin LCD yang memaparkan Hatsune Miku.

Setelah dia balik ke rumah, dia terjumpa sebuah lagu bertajuk "Untitled" (tidak bertajuk) di telefon pintarnya. Kerana dia berasa ingin tahu, Ichika mainkan lagu tersebut, lalu diselubungi cahaya putih dan tiba di tempat yang tidak diketahui. Hatsune Miku berdiri di hadapan Ichika, menyambut kedatangannya ke Sekai dan mengajaknya untuk menyanyi bersama.


Watak

VIRTUAL SINGER

Permainan ini menampilkan Watak Piapro Crypton: Hatsune Miku, Kagamine Rin, Kagamine Len, Megurine Luka, KAITO dan MEIKO. Watak-watak ini membentuk VIRTUAL SINGER

Kumpulan

Permainan ini menampilkan 20 watak baharu, dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan: Leo/need, MORE MORE JUMP!, Vivid BAD SQUAD, Wonderlands×Showtime, dan 25-ji, Nightcord de. Setiap kumpulan mempunyai satu atau beberapa VIRTUAL SINGER yang menasihati mereka.

Sistem

Dunia Nyata dan Sekai

Hatsune Miku bercakap kepada Hoshino Ichika
Pemain boleh bertukar di antara dunia nyata dengan Sekai. Anda boleh mengembara antara dua dunia tersebut menggunakan lagu "Untitled" (tiada tajuk).

Perbualan mempunyai rakaman suara dan akan dianimasikan menggunakan Live2D.

Sistem Permainan Ritma Baharu

Tangkapan layar gaya permainan.
Pemain perlu sentuh, calit, dan kuis skrin mereka untuk padankan dengan not ritma bentuk bebas baharu. Color Palette ingin mencipta permainan yang semua orang mampu main, tanpa mengira kemahiran. 

Permainan ini akan menampilkan beberapa lagu VOCALOID. Pemain boleh menukar antara versi asal dengan versi Project SEKAI. VIRTUAL SINGER akan mempersembahkan lagu asal. Watak asal yang berganding dengan VIRTUAL SINGER akan menyanyikan versi Project SEKAI.

Sesetengah lagu mempunyai latar belakang video muzik tiga dimensi (3DPV), tetapi pemain boleh bertukar ke latar belakang 2D jika mereka mahu. Tidak semua lagu akan ada 3DPV. Hal ini kerana terdapat pelbagai variasi lagu VOCALOID dan bukan semua lagu boleh disertakan dengan penari. 3DPV disimpan untuk lagu yang berentak lebih laju.
Pralihat awal Doctor=Funkbeat sebagai 2DPV.

Senarai lagu yang baru diumumkan boleh dijumpai di sini. Lebih banyak lagu akan ditambah. Terdapat rancangan untuk terus menambah lebih banyak lagu ke dalam permainan. Lagu yang asalnya bukan dinyanyikan oleh salah satu watak Piapro juga berkemungkinan untuk ditambah ke dalam permainan.

Pada 25 Februari 2020, peraduan lagu telah diumumkan. Lagu yang menang akan muncul dalam permainan, tetapi hanya dalam bentuk 2DPV. Penyertaan dibuka sehingga 30 April 2020. Hasil peraduan diumumkan dalam episod pertama Pejabat Siaran Project Sekai.

Mereka umumkan dalam bulan September 2020 bahawa peraduan lagu baharu akan diadakan.

Kostum

Tangkapan layar pralihat awal Kedai Pakaian.
Terdapat beberapa variasi kostum yang watak akan mampu pakai. Sesetengahnya ada variasi warna. Salah satu cara untuk mendapatkan kostum adalah dengan cara membelinya. Cara lain untuk mendapatkan kostum masih belum diketahui.

Dalam bulan November 2019, peraduan rekaam kostum telah diadakan. Dua rekaan akan dipilih; satu untuk perempuan dan satu untuk lelaki. Rekaan yang menang akan muncul dalam permainan. Pemenangnya ialah Kori (rekaan perempuan) dan Ei-Flow (rekaan lelaki).

Mereka umumkan dalam bulan September 2020 bahawa peraduan kostum baharu akan diadakan.

Kesukaran

Terdapat lima (5) tahap kesukaran yang berlainan:

  • Easy (Mudah)
  • Normal (Biasa)
  • Hard (Sukar)
  • Expert (Pakar)
  • Master (Agung)

Nota: Untuk membuka kunci tahap kesukaran Master (Agung) sesuatu lagu, anda perlu tewaskan tahap kesukaran Expert (Pakar) dengan jumlah Penilaian GOOD (Baik) yang kurang daripada lima (5).

Virtual Live

Virtual Live ialah sejenis mod di mana anda boleh pergi ke konsert langsung, serupa macam Realiti Terimbuh (AR / Augmented Reality) atau Konsert Vocaloid.

Anda boleh lihat pemain dari seluruh dunia hadir ke konsert dan lihat kumpulan kegemaran anda membuat persembahan. Sokong mereka menggunakan lampu pen dan item anda. Mula-mula, ketika persembahan belum mula, anda akan berada dalam bilik menunggu bersama-sama pemain lain untuk tunggu konsert bermula. Anda boleh bersembang dengan mereka menggunakan sembang atau menghantar emoji. Anda juga mempunyai kedai di mana anda boleh gunakan syiling maya anda untuk membeli aksesori dan set untuk kulit, lampu pen, dan perbuatan (pergerakan) anda. Anda hanya boleh gunakan lampu pen dan perbuatan anda dalam persembahan sahaja, dan anda perlu pakai kulit anda dalam bilik menunggu sebelum masuk ke dalam konsert.

Apabila tinggal 10 minit sebelum persembahan bermula, anda boleh pergi ke bilik persembahan dan tunggu di situ. Persembahan akan bermula pada jam yang dinyatakan pada tiket dalam menu bilik maya tersebut. Anda boleh tukar warna lampu pen anda, buat pergerakan dengan lampu pen, dan menghantar item. Anda juga boleh menghantar emoji di sini. Setelah persembahan tamat, anda boleh tinggalkan tempat tersebut.

Untuk minggu pertama pelancaran, terdapatnya pusingan istimewa Virtual Live!, Rabu untuk VIRTUAL SINGER, Khamis untuk Leo/need, Jumaat untuk MORE MORE JUMP!, Sabtu untuk Vivid BAD SQUAD, Ahad untuk Wonderlands x Showtime, Isnin untuk 25-ji, Night Chord de., dan akhirnya , Selasa di mana Miku, Rin, Len, Ichika, Minori, Kohane, Tsukasa, dan Kanade akan berada bersama.

Trivia

  • Craft Egg juga mencipta permainan ritma BanG Dream! Girls Band Party!

Rujukan

  1. Pj_sekai (9 Ogos 2020)【海外ファンの方々へ】To our fans outside of Japan: Thanks for your amazing support for Project Sekai! The pre-order purchasing is unfortunately not currently available outside of Japan, and we are not planning a simultaneous worldwide release. [Tweet] Diambil dari https://twitter.com/pj_sekai/status/1291283075519803393
  2. Pj_sekai (9 Ogos 2020) 【海外ファンの方々へ②】But we are eagerly working toward overseas expansion. We will keep you posted about overseas versions, so stay tuned! [Tweet] Diambil dari https://twitter.com/pj_sekai/status/1291283132793016322
  3. https://twitter.com/pj_sekai/status/1301737058348670976?s=19
Cookies help us deliver our services. By using our services, you agree to our use of cookies.